Reka Bentuk
Grafik?
Grafik reka bentuk ialah proses kreativiti yang menggunakan
lukisan dan teknologi untuk menyampaikan idea-idea. Tujuannya adalah untuk
menyampaikan mesej, dan kini merupakan satu cabaran kepada perekabentuk grafik
kerana mereka perlu memindahkan hasil kerja ke dalam rekabentuk komunikasi maya
untuk menyampaikan mesej dan sekaligus untuk meyakinkan pengguna. Perekabentuk
grafik yang mahir adalah mereka yang menggabungkan penilaian astetik,
pengeluaran teknologi dan kemahiran pengurusan projek untuk membangunkan
strategi komunikasi yang berkesan.
Grafik kerap kali merujuk kepada suatu proses mereka bentuk
dimana produk yang di hasilkan menjadi penyampai kepada mesej yang hendak
disampaikan kepada pengguna.Seperti yang kita tahu, format grafik yang kerap
kita gunakan antaranya ialah TIFF, EPSF, JPEG, PSD, PDF, EPS dan banyak lagi.
Rujukan
DR ridzuan ada mengesyorkan kepada kami untuk membeli buku
rujukan sebagai panduan kepada kami didalam subjek Studio Grafik Berkomputer.
Buku rujukan tersebut merupakan hasil karya Dr Ridzuan sendiri, dan buku
tersebut berjudul "KOLEKSI 2003 -
2011 BITMAP & VEKTOR TUGASAN REKA BENTUK GRAFIK". Buku ini mengandungi
hasil karya atau tugasan pelajar senior kami yang terdahulu yang telah
mengambil subjek studio grafik berkomputer. Pelbagai karya yang terbaik
terdapat didalam buku tersebut, karya atau tugasan yang terbaik tersebut telah
dibukukan dan dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar yang lain untuk
menghasilkan reka bentuk yang lebih menarik.
Apa yang kami dapat dalam buku ini banyak kata-kata hikmah
atau semangat daripada pereka dari luar
negara,mengenai cara – cara untuk membuat packaging, typography dalam 2D atau
3D, storyboard dan macam-macam lagi.
No comments:
Post a Comment