Monday, 4 June 2012


Tugasan Akhir

Risalah

Tugasan yang terakhir untuk subjek Studio Grafik Berkomputer ini adalah kami dikehendaki membuat risalah mengenai serangga. Tema serangga telah dipilih dan diundi oleh kami sendiri dan kami perlu membuat risalah ini mengenai apa sahaja serangga yang hidup dan wujud didalam Malaysia. Kami juga dikehendaki menggunakan Adobe In Design dalam membuat risalah ini. 



Ini adalah tugasan terakhir untuk kelas Studio Grafik Berkomputer:











Tugasan 4

Pembungkusan

Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga. Setelah zaman industri di Eropah pada sekitar 1970-an, pembungkusan telah wujud menjadi satu bidang perdadangan yang penting. Selain daripada strategi pemasaran, branding dan iklan, di antara kriteria lain yang perlu diberi penekanan ke atas pembungkusan ialah: reka bentuk, reka letak yang tertumpu kepada perletakan taipografi (samada fon: 2D atau 3D dan saiz), permilihan dan kesesuaian warna dan grafik serta imej yang berkaitan dengan barangan produk.


"Packaging design will always need to satisfy a range of objectives, both practical and conceptual. Packaging share the same fundamental purpose, they are significantly different due to the character of their respective products. Both packages are designed to contain and protect, yet they very greatly texture, appearance, graphic, shape, cost and structure."(Edward Denison & Richard Cawthray)


Menurut Landa (1996), sesebuah bungkusan itu apabila di letakkan di atas ruang pameran untuk jualan dan ianya secara tidak langsungbersaing dengan jenama atau pembungkusan yang lain disebelahnya. Ianya perlulah menarik, dapat dikenali atau dilihat dengan jelas. Objektif utama yang perlu ada dalam mereka bentuk sesuatu pembungkusan antaranya:


v         = Tidak mengabaikan masalah dalam mereka bentuk kedua-dau jenis pembungkusan secara 2                  Dimensi dan 3-Dimensi.
v        =  Mempertimbangkan maklumat yang perlu ada pada sesiap pembungkusan
v        =-    Mereka bentuk pembungkusan supaya ia nampak menarik
v        = Penggunaan warna yang menarik
v        = Kondinasi warna dan reka bentuk bersesuaian dengan tema dan isi kandungan bungkusan.


Tugasan seterusnya kami perlu membuat pembungkusan, dan soalannya seperti berikut:
IKS ialah singkatan kepada Industri Kecil dan Sederhana, IKS memainkan peranan yang amat besar terutamanya dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti. Satu kajian kes, sedang dijalankan oleh pihak IKS, untuk mereka bentuk satu pembungkusan makanan ringan yang terdiri daripada keropok atau kerepik, diperbuat daripada buah pisang, ubi-kayu, keledek, keladi, biji durian, buah nangka, melinja, udang kering, tepung  dan lain-lain (goreng sahaja). Saya telah memilih untuk membuat bungkussan kuih bangkit.


Ini adalah hasil pembungkusan yang telah dibuat :





Manakala ini pula merupakan contoh-contoh pembungkusan:













Sunday, 3 June 2012


Tugasan 3

Taipografi

Tipografi atau bahasa Inggeris Typography (berasal dari kata bahasa Greek typos = bentuk dan graphein = menulis) merupakan teknik dan seni mengatur huruf menggunakan gabungan bentuk huruf cetak, saiz fon, ketebalan garis, garis pandu (line leading), jarak aksara, dan ruang huruf untuk menghasilkan hasil seni aturan huruf dalam bentuk fizikal atau digital. Matlamat utama tipografi adalah mengatur teks (isi) dalam bentuk yang mudah dibaca dan menarik dipandang.

Tipografi dihasilkan melalui pengatur huruf, jurutipografi, artis grafik, pengarah seni dan pekerja perkeranian. Ia pernah merupakan pekerjaan khusus, tetapi penggunaan komputer telah membuka ruang bagi pengguna biasa dan pereka visual generasi baru.

Seterusnya tugasan ketiga yang kami perlu lakukan adalah tugasan yang perlu dilakukan selama pada waktu kelas yang mana Kami perlu membuat taipografi berdasarkan dengan kata-kata hikmah dari ‘quotes’  yang kami terima daripada pensyarah kami iaitu:
 
1.      “Every human being is a designer” - Norman Potter

2.      “It is better to offer no excuse than a bad one” – George Washington

3.      “Whether you think you can, or you think you can’t – you’re right.” – Henry Ford

4.      “It’s kind of fun to do the impossible.” – Walt Disney

5.      “Listen to many, speak to a few.” - William Shakespeare

6.      “Life is what happens to you while you’re busy making other plans.” – John Lennon

7.      “A painter should begin every canvas with a wash of black, because all things in nature are dark except where exposed by the light.” – Leonardo da Vinci

8.      “A beautiful thing never gives so much pain as does failing to hear and see it.” – Michelangelo

9.      “If you don’t stand for something you will fall for anything.” – Malcolm X

10.  “I hate every minute of training, but I said, ‘Don’t quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion.” – Muhammad Ali

11.   “Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.” – Nelson Mandela

12.  “A day without laughter is a day wasted.” – Charlie Chaplin


Ini adalah tugasan yang diberi pada waktu kelas dan tugasan ini diberi masa selama 2 jam..tugasan ini hanya menggunakan taipografi...





Ini adalah diantara contoh-contoh taipografi :
















Tugasan 2

Tugasan kedua yang kami perlu lakukan ialah “photo-studies” dimana kami perlu mengambil gambar. Imej yang dikehendaki didalam tugasan kedua ini adalah merupakan suasana di pasar malam Tanjung Malim, Perak. Kami perlu mengambil sebanyak mungkin keadaan di pasar malam khususnya di tanjung malim.

Setelah itu, gambar yang kami ambil perlu dijadikan sebagai poster untuk memkhususkan imej barangan, pembeli, penjual, makanan, dan sebagainya. Pelbagai gambar telah  diambil dari pelbagai sisi dan juga turut memperlihatkan pelbagai emosi di pasar malam tanjung malim













Tugasan 1


Tugasan pertama yang telah diberikan ialah "SELF POTRAIT" dimana kami perlu menggunakan gambar kami sendiri dan mempromosikan universiti kami iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di sini dapat kita pelajari bagaimana untuk mempromosikan universiti dan disamping itu kita menjadi sebagai seorang "duta" untuk mempersembahkan UPSI kepada masyarakat luar.

Kami perlu mencari idea untuk memilih cara bagaimana untuk mempromosikan Universiti Pendidikan Sultan Idris kepada orang ramai. Gambar di bawah merupakan antara hasil kerja ataupun tugasan yang telah dilakukan.



Reka Bentuk Grafik?

Grafik reka bentuk ialah proses kreativiti yang menggunakan lukisan dan teknologi untuk menyampaikan idea-idea. Tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej, dan kini merupakan satu cabaran kepada perekabentuk grafik kerana mereka perlu memindahkan hasil kerja ke dalam rekabentuk komunikasi maya untuk menyampaikan mesej dan sekaligus untuk meyakinkan pengguna. Perekabentuk grafik yang mahir adalah mereka yang menggabungkan penilaian astetik, pengeluaran teknologi dan kemahiran pengurusan projek untuk membangunkan strategi komunikasi yang berkesan.

Grafik kerap kali merujuk kepada suatu proses mereka bentuk dimana produk yang di hasilkan menjadi penyampai kepada mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna.Seperti yang kita tahu, format grafik yang kerap kita gunakan antaranya ialah TIFF, EPSF, JPEG, PSD, PDF, EPS dan banyak lagi.


Rujukan

DR ridzuan ada mengesyorkan kepada kami untuk membeli buku rujukan sebagai panduan kepada kami didalam subjek Studio Grafik Berkomputer. Buku rujukan tersebut merupakan hasil karya Dr Ridzuan sendiri, dan buku tersebut berjudul  "KOLEKSI 2003 - 2011 BITMAP & VEKTOR TUGASAN REKA BENTUK GRAFIK". Buku ini mengandungi hasil karya atau tugasan pelajar senior kami yang terdahulu yang telah mengambil subjek studio grafik berkomputer. Pelbagai karya yang terbaik terdapat didalam buku tersebut, karya atau tugasan yang terbaik tersebut telah dibukukan dan dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar yang lain untuk menghasilkan reka bentuk yang lebih menarik.

Apa yang kami dapat dalam buku ini banyak kata-kata hikmah atau semangat daripada pereka  dari luar negara,mengenai cara – cara untuk membuat packaging, typography dalam 2D atau 3D, storyboard dan macam-macam lagi.